kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
5.11.10

BISMILLAH
Petang-petang biasanya orang berehat, bersantai dengan keluarga. Lagi-lagilah dalam musim cuti perayaan begini. Petang-petang macam ni sodap pekena ubi nih. Cicah kopi, atau pekena dengan nyior gula atau sambal bilis



Tapi hanif meluangkan masa petang di bandar. Petang ini sajala tentunya. Hanya sekadar memenuhi tuntutan sebagai tuan rumah yang baik je, lagipun mana mungkin hanif nak tolak permintaan M Haniff untuk kuar pergi bandar. Faiz, jiran sebelah rumah juga jiran dalam kelas turut turun padang untuk meraikan fiesta pergi bandar ini.

Tadi tidak sempat ke mana sangat pun. M Haniff pergi hantar henset beliau yang retak skrinnya ke kedai untuk dibaiki tadi pagi. Yela, retaknya cuma sedikit, tapi kalau dah nama henset touch screen, skrin rosak bemakna enset tu dah takde maknanya dah

Kemudian beliau pergi ke kedai kaca mata. Ada masalah dengan power contct lens beliau. Jadi nak beli yang baru, lagi super powerrr! Pastu, lepas banyak sangat kuarkan duit, kena la pulak pergi ke bank. Cucuk sikit bank tu. Kasi sakit. Biar dia rasa. Hahahaa.. Nak keluarkan duit laa. Akhir sekali kami pergi ke kedai roti Sungai Wang, sebab tengok dari jauh cam best aje. Banyak jugalah untung kedai Sungai Wang tu hari ini nampak gayanya.

Faiz minta diri, kerana dia ingin melewor sendiri di Centre Point tu. Kami pun pulang dalam cuaca rintik-rintik hujan. Jalan kaki aje. Dalam perjalanan, terdengar syahdu azan berkumandang. Tak dapat tahan, kami pun pergi la solat dulu walaupun sedar bahawa wujud kemungkinan yang hujan akan jadi kian lebat selepas solat. Bersangka baik la kepada Tuhan.

Lepas solat aje, berjalan sikit dalam 500 meter.. WOOOOOSHHH! Hujan turun. Lebat. Kalau orang kampung kata, the rain patters. Hahah.. Jadi kami basa kuyup la sampai umah. Nah, tengok la keadaan kami yang tak senonoh nie. =D
Photobucket

Labels: ,

5:49:00 PM


AMARAN, JANGAN BACA JIKA ANDA RASA GELI! HAHAA

Bismillah,
Hari ini saya ada appointment gigi, dengan doktor gigi pasti. Jadi lepas sekolah, dalam pukul 3.40 saya pun pergi la. Masih dalam uniform tentunya. Jadi, doktor sekali lagi (buat kali keenam mungkin) menukar dawai besi bagi gigi bawah saya. Dan beliau telah memasang sesuatu yang membuat gigi saya menarik.!
*Rasa kacak




Labels: ,

12:30:00 AM

22.10.10

Read my stories as they are very hellacious..
Manusia di sebalik sifat kemalaikatannya (baik la maksudnya) memang terpendam perangai binatang. Marah adalah salah satu daripadanya, betul bukan? Sedangkan kucing pun marah sesama kucing. Tak kisahlah apakah pemangkin kepada perasaan marah itu. Berebutkan ikan, berebutkan pompuan, berebutkan macam-macam.

Kadang-kadang kita tak boleh terlepas daripada godaan. Marah adalah godaan. Godaan syaitan. Dan saya jarang marah (kalau ye pun, biasanya sengaja pura-pura). Buat apa nak marah, sebab kita dikelilingi oleh jutaan manusia yang semuanya tidak sempurna. Rata-ratanya membuat kesalahan hampir setiap masa. Termasuk saya sebenarnya.

Tadi saya marah. Marahkan Azzrul. My classmate. Masa kelas adMath. Dah la si Azzrul tu anak yatim. Kejam giler. Entah kenapa; mulut ni ringan saja marahkan dia. Mulutku lancang. Terkeluar kata-kata kejam yang nyaris-nyaris kesat.(saya tidak berkata kesat tentunya). Kata-kata yang keluar memang tajam menghunus gila-gila. Mesti dia terasa. Hiashh.. Dilanda rasa berdosa..

Tapi..

see, we both cry!

Labels: , ,

5:59:00 PM






















 








Labels:

5:53:00 PM


BISMILLAH

Apakah makna perkataan BADUT kepada anda? Adakah anda tahu mengenainya secara mendalam? Jika dirujuk kepada Kamus Dewan Bahasa, mungkin anda akan menemui maksud badut yang absolute. Edisi terbaru tntunya. Bagi saya, perkataan badut membawa maksud secara umumnya insan yang mempunyai dandanan dan solekan lucu, dengan kostun tebal yang unik dan mempunyai abiliti untuk menggayakan mimik lucu. Namun pada hari ini, istilah BADUT telah diperluaskan tentunya. Raja-raja lawak pun kerap dilabel sebagai badut walhal badut yang tradisional jarang melawak seumpama raja-raja lawak, dengan menggunakan suara.

Menjadi seorang BADUT, anda haruslah kreatif mereka jenaka walaupun dalam keadaan berduka. Duka, duka. Itu yang hanif rasa. Im being a clown myself. Berlawak jenaka. Tak kira masa. Di sekolahlah tentunya. Bukan duka yang terluka. Cuma rasa sepi jiwa. Belajar tetap macam biasa. Okie. Cuma senang rasa sunyi. Senang rasa bosan dengan itu, dengan ini. Iman tak cukup kuat mungkin.

At last, tonite.. I read something that boost up my super intuition of life. It was all by accident. Tiba-tiba tangan tergatal untuk buka blog cik lina. Alhamdulillah, mata terpandang ayat ini. Terima kasih. Selamat tinggal duka. Selamat datang bahagia. Im back being myself again.Lalalaaa.. And its the best thing that happens to me today!

being ourselves is more satisfying than trying to be other people

Labels: , , , ,

1:01:00 AM

9.10.10

BISMILLAH

Bulan yang sibuk. Sangat sibuk. Permulaan yang meletihkan. Dan penghujungnya, masih belum jelas di mana.
Memasak. Study di library. Kelas tusyen. Kelas tambahan. Temu janji. Hari keluarga. Set soalan bertimbun. Borang matrikulasi yang masih belum terisi. Manga bertimbun yang tidak sempat di baca. Ayooo.

Mujurlah wujud satu penyeri jiwa. Dua sebenarnya. Ah, mungkin tiga. Empat...
1.  Result TRIAL. Alhamdulillah dapat 8A. Paling rendah pun B, add math! Kena usaha lebih juga, tak boleh goyang kaki aje.
2.  Dapat a few kawan online baru. Yep, saya takkan berhenti online sampai bulan 11. Bulan november barulah akan jadi tikus. Duk dalam lubang sahaja. Saya bakal dikuarintin di asrama. Bermula awal bulan 11.
3. Yes, sempat juga pergi hantar......
4. My abi dan umi dah tak pressure sangat. Kehidupan lebih relaks. Mungkin dorang tahu ambe letih. Hahahaa!
5. Ive got tuisyen now la.. best!
6. Entah.. fikir jappp..

*nak download muveee.. legend of guardian, dll. kawan2 pula merengek manja nak citer expandable ng step up. dah delete. tapi boleh aje download balik.

“Laugh as much as you breathe and love as long as you live.”

Labels: , ,

5:59:00 PM

8.10.10

BISMILLAH!

Walaupun agak terlambat, tapi takpelah. Biar lambat asalkan selamatkan? Okie, kepada adikku (satu-satunya adik lelaki), walaupun kau baru form two, tapi kau dah terlebih tinggi daripada aku. Ayyyoo, jelez.. Hah, kan dah lari daripada point. Kepada Ahmad Nuruddin b Abd Halim Azmi, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ke 14 - 5 Oktober 2010!

Labels: ,

3:34:00 PM

5.10.10

BISMILLAH!


Maybe kali ini AHMAD HANIF betul-betul sedang ber'dreaming'. Haha.. orang lain dah habeskan puasa enam minggu lepas, dua minggu lepas, tiga minggu lepas, tapi kita ni larut dalam khayalan panjang. Aiseh. Mujurlah masih diberi rahmat dan kudrat untuk habeskan puasa. Syukur. Syawal pun dah nak tiba ke penghujung. (spm pun dah dekat tapi masih gatal online)
*tq wasabi and his papa. boleh gak berbuka ng nasi ayam tadi.
nasi ayam+nasi goreng ayam+laici susu+teh ais+soya. YUMMY!

Labels: , , ,

3:14:00 AM

1.10.10

BISMILLAH

26 SEPTEMBER 2010

Akh eirfan akan bertolak. Beliau akan menyambung pelajaran ke Jordan. Naqib kami, Haji Zameran mengadakan jamuan. Ringkas, dan cuma untuk individu-individu yang tertentu. Dan kami, anak-anak usrahnya dijemput sekali.

Selepas solat hajat dibuat, setiap individu menyampaikan sepatah amanat. Ya, eirfan pelajar kebanggan sekolah. Dengan 15a pada spm lepas, layak baginya untuk menggalas harapan banyak orang. Impian banyak orang. Esoknya dia akan bertolak. Namun kami, anak2 usrah haji Zameran kecewa. Asalnya kami akan tumpang menghantar sekali ke Lapangan Terbang Kuantan, namun Ust Azman endah tak endah dengan permohonan haji Zameran, agar berunding dengan pengurusan untuk membebaskan kami sekejap, cuma sekali. Cuma petang itu. Cuma petang itu. Kami kecewa. Harapan untuk melihat pemergian seorang abang agar menjadi motivasi untuk terus maju ke depan berkecai. Hancus.

29 SEPTEMBER 2010

Ada pengumuman,
"Kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR KE INDONESIA, sila mendaftarkan diri dengan pihak sekolah."

Aku jadi terkedu. Teringat rakaman kisah dulu. Memori lalu. Indonesia 2009

















Aku jadi rindu pada Indonesia. 
Walaupun tahun lepas pergi dengan sedikit halangan. 
Sedikit tekanan. 
Mungkin tahun depan akan pergi lagi.


30 SEPTEMBER 2010

Hari ni alhamdulillah, semua result dah dapat. Sedih, kecewa tertekan. Gembira, bahagia, ceria. Semua perasaan bercampur baur. Mungkin perlu lebih usaha. Oh apa-apa pun, terima kasih cikgu, muallim, muallimah. Dan terima kasih SIFU!*u know who

1 OKTOBER 2010 



Tadi ABI datang melangkah. Semakin dekat. Semakin dekat. Dan tiba-tiba berhenti, betul-betul di tepi hanif. Hanif berpaling. Terkejut. Riak terkejut tentunya terzahir di muka. "Ah, mungkin ada sesuatu yang ingin dibicara" bisik hati kecil hanif.

"Angah ingat tak apa yang angah nak jadi masa kecil?" tanya abi.

Hanif geleng. "Tak!" jawab hanif ringkas.

"Dulu angah selalu kata nak jadi orang kaya. Teruskan impian angah," hanif angguk.

Ya, dulu aku sentiasa ingin jadi kaya. Ingin jadi jutawan. Hartawan yang dermawan. Bagi aku, kaya itu adalah kebahagiaan dalam dunia. Dengan adanya aku rasa aku mampu miliki segalanya. Namun semakin aku besar, aku melihat duni daripada perspektif yang beza-beza. Daripada perspektif si kaya, daripada pandangan si papa kedana, si bijaksana, melihat sebagaimana orang buta. Aku lebih kenal dunia. Kini lebih kenal dunia. Namun makin bertambah ilmu makin ku rasa kurangnya ilmu.

Tapi ABI kenal aku. Mungkin di ada target tertentu untuk anak-anaknya. Ya, aku akan jadi seorang jutawan, si kaya raya suatu hari nanti. Doakan.

Labels:

9:30:00 AM


BISMILLAH

Mereka adalah impianku suatu masa dulu. Kini tidak lagi. Akhir-akhir ini merudum prestasi, tapi tak bermakna tak boleh bangkit kembali. Mungkin sibuk, busy. Dengan peperiksaan yang cuma depan tu je lagi. Ayuh shoutul iman, membara!





Irama merdu seindah rupa. Uhibbukum!

Labels:

9:28:00 AM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan