kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
5.11.10

BISMILLAH
Petang-petang biasanya orang berehat, bersantai dengan keluarga. Lagi-lagilah dalam musim cuti perayaan begini. Petang-petang macam ni sodap pekena ubi nih. Cicah kopi, atau pekena dengan nyior gula atau sambal bilis



Tapi hanif meluangkan masa petang di bandar. Petang ini sajala tentunya. Hanya sekadar memenuhi tuntutan sebagai tuan rumah yang baik je, lagipun mana mungkin hanif nak tolak permintaan M Haniff untuk kuar pergi bandar. Faiz, jiran sebelah rumah juga jiran dalam kelas turut turun padang untuk meraikan fiesta pergi bandar ini.

Tadi tidak sempat ke mana sangat pun. M Haniff pergi hantar henset beliau yang retak skrinnya ke kedai untuk dibaiki tadi pagi. Yela, retaknya cuma sedikit, tapi kalau dah nama henset touch screen, skrin rosak bemakna enset tu dah takde maknanya dah

Kemudian beliau pergi ke kedai kaca mata. Ada masalah dengan power contct lens beliau. Jadi nak beli yang baru, lagi super powerrr! Pastu, lepas banyak sangat kuarkan duit, kena la pulak pergi ke bank. Cucuk sikit bank tu. Kasi sakit. Biar dia rasa. Hahahaa.. Nak keluarkan duit laa. Akhir sekali kami pergi ke kedai roti Sungai Wang, sebab tengok dari jauh cam best aje. Banyak jugalah untung kedai Sungai Wang tu hari ini nampak gayanya.

Faiz minta diri, kerana dia ingin melewor sendiri di Centre Point tu. Kami pun pulang dalam cuaca rintik-rintik hujan. Jalan kaki aje. Dalam perjalanan, terdengar syahdu azan berkumandang. Tak dapat tahan, kami pun pergi la solat dulu walaupun sedar bahawa wujud kemungkinan yang hujan akan jadi kian lebat selepas solat. Bersangka baik la kepada Tuhan.

Lepas solat aje, berjalan sikit dalam 500 meter.. WOOOOOSHHH! Hujan turun. Lebat. Kalau orang kampung kata, the rain patters. Hahah.. Jadi kami basa kuyup la sampai umah. Nah, tengok la keadaan kami yang tak senonoh nie. =D
Photobucket

Labels: ,

5:49:00 PM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan