kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
1.10.10

BISMILLAH

26 SEPTEMBER 2010

Akh eirfan akan bertolak. Beliau akan menyambung pelajaran ke Jordan. Naqib kami, Haji Zameran mengadakan jamuan. Ringkas, dan cuma untuk individu-individu yang tertentu. Dan kami, anak-anak usrahnya dijemput sekali.

Selepas solat hajat dibuat, setiap individu menyampaikan sepatah amanat. Ya, eirfan pelajar kebanggan sekolah. Dengan 15a pada spm lepas, layak baginya untuk menggalas harapan banyak orang. Impian banyak orang. Esoknya dia akan bertolak. Namun kami, anak2 usrah haji Zameran kecewa. Asalnya kami akan tumpang menghantar sekali ke Lapangan Terbang Kuantan, namun Ust Azman endah tak endah dengan permohonan haji Zameran, agar berunding dengan pengurusan untuk membebaskan kami sekejap, cuma sekali. Cuma petang itu. Cuma petang itu. Kami kecewa. Harapan untuk melihat pemergian seorang abang agar menjadi motivasi untuk terus maju ke depan berkecai. Hancus.

29 SEPTEMBER 2010

Ada pengumuman,
"Kepada para pelajar yang berminat untuk menyertai PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR KE INDONESIA, sila mendaftarkan diri dengan pihak sekolah."

Aku jadi terkedu. Teringat rakaman kisah dulu. Memori lalu. Indonesia 2009

















Aku jadi rindu pada Indonesia. 
Walaupun tahun lepas pergi dengan sedikit halangan. 
Sedikit tekanan. 
Mungkin tahun depan akan pergi lagi.


30 SEPTEMBER 2010

Hari ni alhamdulillah, semua result dah dapat. Sedih, kecewa tertekan. Gembira, bahagia, ceria. Semua perasaan bercampur baur. Mungkin perlu lebih usaha. Oh apa-apa pun, terima kasih cikgu, muallim, muallimah. Dan terima kasih SIFU!*u know who

1 OKTOBER 2010 



Tadi ABI datang melangkah. Semakin dekat. Semakin dekat. Dan tiba-tiba berhenti, betul-betul di tepi hanif. Hanif berpaling. Terkejut. Riak terkejut tentunya terzahir di muka. "Ah, mungkin ada sesuatu yang ingin dibicara" bisik hati kecil hanif.

"Angah ingat tak apa yang angah nak jadi masa kecil?" tanya abi.

Hanif geleng. "Tak!" jawab hanif ringkas.

"Dulu angah selalu kata nak jadi orang kaya. Teruskan impian angah," hanif angguk.

Ya, dulu aku sentiasa ingin jadi kaya. Ingin jadi jutawan. Hartawan yang dermawan. Bagi aku, kaya itu adalah kebahagiaan dalam dunia. Dengan adanya aku rasa aku mampu miliki segalanya. Namun semakin aku besar, aku melihat duni daripada perspektif yang beza-beza. Daripada perspektif si kaya, daripada pandangan si papa kedana, si bijaksana, melihat sebagaimana orang buta. Aku lebih kenal dunia. Kini lebih kenal dunia. Namun makin bertambah ilmu makin ku rasa kurangnya ilmu.

Tapi ABI kenal aku. Mungkin di ada target tertentu untuk anak-anaknya. Ya, aku akan jadi seorang jutawan, si kaya raya suatu hari nanti. Doakan.

Labels:

9:30:00 AM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan