kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
2.4.10

02 APRIL 2010

Sayang, dulu aku pernah bertanya dalam gelap.. Apa beza sebutir air bening di hujung daun dengan sebutir debu pada dinding kusam? Dulu, tiada yang boleh memberi jawapan. Langsung TIDAK ADA. Hari ini, aku menemukan sendiri jawapannya. Apa bezanya? TIDAK ADA! Sama sekali tidak ada bezanya... Kedua-duanya sama-sama tanda kekuasaan-Nya. Kedua-duanya sama-sama mensucikan, walau hakikat dan fizikalnya jelas berbeza.


Sayang, dulu aku pernah sendiri bertanya dalam sesat... Apa bezanya tahu dan tidak tahu? Apa bezanya kenal dan tidak mengenal? Apa bezanya ada dan tiada? Apa bezanya sekarang dan kelmarin, satu detik yang lalu, satu minit yang lampau, satu jam yang silam? Dahulu tiada yang boleh memberi jawapan. Hari ini aku juga tetap tidak tahu begitu banyaknya potongan pertanyaan. Tapi tidak mengapa. Setidaknya aku tetap boleh melihat, mendengar dan terus berfikir. Ada banyak yang belum, tepatnya membutakan diri, menulikan kepala, membebalkan hati.


Sayang, sudah lama aku tidak merasakan kekuatan itu. Pagi tadi kekuatan itu kembali. Kembali begitu sahaja setelah berkurun pergi dengan segala kejahilan. Begitu menghentak, begitu mengejutkan, membasahi seluruh tubuh, meresap ke dalam minda, merasuk di celahan liang roma. Aku dapat merasakannya lagi. Dapat berfikir... Kekuatan itu kembali.. Thanks GOD!

*bersambung news of qiam-qiam.menanti gambar

Labels:

10:54:00 PM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan