kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
1.9.13

#1
Pagi tadi semasa membeli belah keperluan untuk esok (daftar kolej), aku lalu di depan kedai makan sederet dengan AnW. Depan kedai itu, ada seorang makcik yang kelihatan daif yang amat(tengok raut wajah dia, nampak aaa kehidupan dia tu perit) menjual bungkusan-bungkusan yang isinya terdiri daripada kerepek, ikan masin dan popcorn. Aku cuma menjeling dan lalu.

Hala balik, adik kepingin AnW. Ummi masuk, beli root beer dan fries. Ummi tanya aku apa aku mahu. Aku geleng, tanda tak mahu apa apa. Keluar AnW, lalu lagi depan kedai itu. Makcik tadi masih di situ. Aku cuma lalu.

Beberapa langkah melepasi makcik tadi, aku patah balik. Entah kenapa, mungkin hati rasa sayu (ummi salu cakap aku soft, adik adik pun cakap petang tadi antara tiga abang dorang, angah yang paling tak garang lol). Aku buka dompet. Aku hulur duit RM5.

Duit bertukar tangan. Aku senyum. Ku ucap, Makcik, terima kasih. Makcik tu angkat kening. Terkejut mungkin. Dia tunding jari pada bungkusan bungkusannya. Aku geleng. Bukan itu yang aku mahu. Perlahan aku bisik, "Makcik, esok saya nak mula study, doakan saya berjaya ya." Aku sengih (tahan sebak), aku pusing dan terus jalan. Dalam sepuluh langkah, aku berhenti sesaat. Kemudian terus melangkah semula.

#2
Masa kenduri walimah kakak Izzat haritu, aku walaupun sepatutnya jadi krew hidangan, sibuk juga bantu abang Izzat, Zaid dengan kawan dia masak nasi arab dan spaghetti. Tak cukup tangan. Sampai melecur hah. Selalu la aku ulang alik dari belakang rumah ke meja hidangan, refill apa yang perlu, topup cawan, pinggan (krew lain pun ada, dorang relaks je, aku je over).

Sebab kami paling belakang(pintu rumah - khemah apam balik - khemah pakcik air - khemah kuih/keropok - khemah satay - zon nasi arab ), so penat juga la tapi aku seronok, dapat tolong orang sekaligus dapat pengalaman.

Aku ingat lepas goreng ayam yang penghabisan(nasi arab dengan ayam je, kambing takde), aku angkut la ayam tu nak bawa pergi depan dalam tray. Lalu dekat khemah pakcik air, makcik keropok tahan(2 orang, senangnya makcik A dengan makcik B).

Makcik A: Mende oo?
Aku: Ayam goreng mokcik. Last trip doh eh, takdok doh kat belakang tu hoh.
Makcik B: Nok siket boleh dok?
Aku: Ambik la mokcik weh. Banyok pung dakpe. Alang alang doh penghabisan, hehe.

Depa pun kutip. Makcik A nak peha. Dia cari peha. Aku pun letak tray atas meja, buka kopiah(panas aa bro) tolong sama carikan juga. Makcik B tak kisah, asalkan ayam. Diorang kutip kutip, total dalam 9-10 ketul.

Aku: Bereh mokcik??
Makcik A: Aah, banyok doh ni. Eh dakpe ke eh? Banyak mokcik ambik ni.
Aku: Dakpe mokcik, rezeki mokcik ah ni. Tuan rumah masak untuk tetamu makang kang. *sengih*
Makcik A: Minta maaf la awang weh, mokcik cukai siket tengoh jalan.
Aku: Eh dakpe. Terima kasih la deh mokcik.
Makcik A: Laa sudoh, kita tol dia tengoh jalan, dia pulok ghoyat terima kasih kat kita.

Aku buat selamba, pakai kopiah, angkat tray, sengih sikit, angguk kemudian mula menapak ke depan..

#3
Aku selalu bernasib malang kalau pergi bank. Malang macam mana? Time aku buka pintu kaca bank, selalunya ada je orang di sebelah sana pintu nak masuk/keluar juga. 

Jadi aku selalu tolong bukakan pintu, dan persilakan diorang lalu(selalunya senyum, dan angguk je). Dan mesti, mesti punya aku akan ucap tenkiu. 

****

Aku rasa dah jadi semacam habit la ucap terima kasih ni. Sebab tak rugi apapun bila kita ucap, kan? Walaupun kita yang selayaknya terima ucapan tu dalam certain situasi(tapi kekadang tak dapat pun), jadi anggaplah bila kita ucap tenkiu tu sebagai penghargaan buat diri kita. Tambahan, takde la sakit hati bila tolong orang, orang semacam tak hargai(setengah orang tak pandai cakap okay, sila faham), mula la rasa geram, kan dah tak ikhlas. Aku kalau ucap tenkiu  takde ah nawaitu nak perli, aku cuma seronok, gembirakan diri sendiri (ayat forever alone). Tapi kekadang best tengok muka dorang stoned, yelah, siapa patut beri, siapa patut terima. Tapi yang paling seronok, aku tahu buat camtu dapat  tolong sesikit akaun pahala aku!

Actually aside from terima kasih, y'all ringankanla mulut juga to say SORRY and PLEASE. Woii, panjangnya meroyan. Okay, nak sambung kemas barang. Sikit je lagi.

GS: Post ni bukan nak bermegah dengan kebaikan aku, cuma nak kongsi satu habit aku yang aku rasa kalau kita apply dalam kehidupan akan buat kita rasa happy. So jangan segan untuk ucap TENKIU selalu. Dan SORRY. Dan PLEASE. Sekian
11:23:00 PM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan