kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
31.7.13

Tatkala menjejakkan kaki ke rumah sebelum Subuh pagi tadi, ayah aku berpesan dengan muka yang tegas tapi nada yang lembut, penuh naluri kebapaan gitu,

Nanti Subuh kena jemaah, baru sempurna.

Aku angguk jelah. Takkan nak geleng, kena hambat dek ayah aku nanti. Sebenarnya pagi tadi dalam linkungan jam satu, setengah jam selepas babam aku pulang berjogging merampingkan pinggang dan lihatlah hasilnya sekarang sungguh menakjubkan, dia lebih kurus berbanding setahun lepas dan fit, aku bersama babam aku dan luqman dan seorang lagi kawannya yang aku lupa nama, harapnya malam ni boleh kenal mesra lagi, telah berangkat menuju ke Masjid Paya Berenjut nun di Geliga untuk berqiamullail.

Eh, kenapa jauh bebenor? Aku pun tidak tahu dan tidak ambil kesah tetapi ikhwah di Kemaman kebanyakan berpusat atau port mereka di situ untuk sepuluh malam terakhir bermula dua malam lepas. Dua malam lepas aku tak join sebab tidur yang parah dan tidak dapat diselamatkan.

Jadi kepada ikhwah zon Kemaman, marilah sama sama kita memeriahkan masjid Paya Berenjut tahun ini ya. Sangat ramai kenalan, pakcik pakcik yang port qiamullailnya di sana seperti Muaz Mazlan, Zakaria Marzuki, bebudak asrama SMIAAK(dei malam tadi mereka tiada kerana ada program qiam di sekolah),Pakcik Hj Zameran, Pakcik Hj Malik, Pakcik Hj Mazlan, Ustaz Hj Mazlan, Ustaz Hj Idris, Pakcik Hj Wahab dll.

Malahan kawan kawan, setelah berkaw-tim dengan pihak masjid, kita akhirnya dapat meng-appointed imam hufaz yang berkualiti iaitu bakal doktor yang comel, Ammar Hj Wahab. Bacaannya sungguh sedap menyebabkan kamu akan berfikir lapan belas kali untuk tidur semasa qiam.

Lahir rasa kagum dan malu pada masa yang sama kalau aku tak boleh hadir ke sana kerana kebanyakan mereka yang tersenarai di atas adalah mereka yang bekerja/bersekolah pada siang harinya. Tentulah penat tahu tak, tapi mereka gagahkan diri mereka juga. Aku yang bercuti ini haruslah lebih rajin dan kuat dan bersemangat jitu kerana aku punyai waktu senggang di siang hari.

Azam aku adalah untuk tidak ponteng walau satu malam pun ke sana bermula semalam sehingga Ramadhan tamat. Moga aku menjadi anak yang soleh dan taat kepada TuhanNya. Ameen.

Ayuh hidupkan sepuluh Ramadhan terakhir dalam usaha malam yang baiknya lebih dari seribu bulan :)
Noktah
7:18:00 AM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan