kenalidiri ![]() penganggur/pelajar GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu. |
notakaki ************************************************** ************* dalam pembikinan ! ************* ************************************************** |
25.9.11
Moga HidayahMu kepadanya Berkekalan .. Bismillahirahmanirrahim, dengan nama Al-Hadi, yang Maha Memberi Petunjuk. Moga petunjukMu buatnya tidak pernah tidak ada. Ada satu cerita, mulanya di sini. Sebelum tu aniippp nak minta maap dulu di atas khilaf, kemungkinan bahasanya kurang enak, tidak kena dengan selera anda. Suatu hari dalam semester satu, semasa kami pelajar kelas asasi perubatan pertahanan 2 atau ringkasnya P2sedang khusyu' menggodek komputer di makmal komputer, meneroka segala khazanah rahsia di dalamnya, mencuba satu dua benda baru yang baru diajar oleh pensyarah kami, Sir Aliimran Nordin, masuk ke dalam makmal komputer seorang gadis berwajah tipikal melayu. Aku kenal dia, secara teras, dia Feera, pelajar asasi perubatan pertahanan 1 (P1). Kami ditemuduga di tempat yang sama, dulu. Dia masuk dengan niat untuk bersua dengan Sir Alii, membincangkan tentang rancangan makan KFC pelajar asasi. Namun disebabkan dia datang di tengah-tengah sidang syarahan, Sir Alii lantas memohon untuk dia menanti barang sebentar. Dia menarik muka dua belas lantas mengambil tempat duduk di sebelah aku. Aku berengsot sedikit ke kanan, kurang selesa, mengambil jarak. Aku menegurnya, menawarkannya khidmat untuk melayari internet menggunakan komputerku sementara menanti syarahan tamat. Dia bersetuju. ** Dia melayari laman sesawang ternama, facebook.com. Dan dia menunjukkan DPnya kepadaku yang hanya berbeju lengan pendek dan tidak bertudung. Astaghfirullah, aku memohon kepadaMu ya Rabbal alamin, hapuskan saat penambah dosa buat dirinya dan diriku ini. ** Aku terlupa apa asal puncanya namun dia menyinsing lengannya tinggi ke paras siku. Aku mengangkat kening. Lantas menegur sopan (agaklaa), "Kau.. tak pakai ke stokin lengan ke?" Dia serba salah. Namun masih mampu tersengih ketika menuturkan ,"Tak, nanti kau beli la satu untuk aku. Kau beli aku pakai la. Hahaa, tapi macam ah kau nak beli kan?" Aku bertekad, kerana resam manusia tidak mungkir janji, untuk membelikannya stokin lengan .. Aku nekad. ** Aku pergi menemuinya di makmal biologi hari ini (Rabu,21/9). Semalam ketika jamuan perpisahan bersama Sir Alii, dia menembakku, mengatakan aku lelaki mungkir janji, meragut kepercayaannya terhadap lelaki. Aku jadi terpinga, pernah ke aku buat janji dengannya. Malam semalam tidurku jadi tak lena. Dan toink toink toink...Sewaktu aku mengemas beg bagasiku, ku terjumpa dua pasang stoking lengan wanita, ku belikan khas buatnya. Di makmal biologi aku hulurkan kepadanya "Nah,"kataku. Aku bermuka-muka. Mana mungkin aku menggunakan kata yang lembut dan menggoda. Aku malu dengan kekawan, malu dengan Tuhan. Dia kelu terpaku. Jadi all excited tiba-tiba. And she was like "Terima kasih aniipp aku tak tahu nak cakap apa dah." Aku balas "Tak payah kata apa dah. Esok jangan tak pakai pula." Esok, dia datang jumpa aku. Sedang aku duduk bersila di ruang menunggu di makmal bio, dia berdiri tegak di hadapanku. Ku dongakkan kepala. Dia singsing sikit lengan baju kurungnya, mempamerkan stokin lengan yang dia pakai. Dia senyum, "KATA LA SOMETHING!" Aku buat muka blur, "Nak suruh aku kata apa? Alhamdulillah la dah pakai" Dia balas, "Kata.. WOWW !" Aku pun berkata perlahan "wow.dah" Lantas aku bangun dan beredar, meninggalkannya dalam keadaan terpinga (sebenarnya aku tak selesa, takde orang la dekat situ). Dia menjerit sayup-sayup,"Kauuu ni !". Aku hanya tersengih, tidak lagi menoleh ke belakang. Tuhan, aku dengan penuh takzim memohon kepadaMu agar stokin lengan itu akan menjadi titik tolak untuk dia menjadi lebih baik. Terima kasih baca tau, Assalam. Labels: atUPNM, kerepek merepek 8:00:00 PM
|
Contact ![]() ![]() ![]() Blogger Home Yasmin Bulan |