kenalidiri ![]() penganggur/pelajar GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu. |
notakaki ************************************************** ************* dalam pembikinan ! ************* ************************************************** |
25.9.11
Aku Ingin Bersyukur ... Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama An-Nafi', yang Maha Memberi Manfaat. Syukur Alhamdulillah kerana Tuhan masih memberi aku peluang dan ruang untuk berkongsi. Syukur Alhamdulillah kerana Tuhan terus memberi walaupun aku hambaNya yang tidak berterima kasih. Syukur Alhamdulillah kerana Tuhan menganugerahiku kekuatan untuk tegar berpaksi di universiti militari ini. Syukur Alhamdulillah kerana Tuhan tidak bosan mencurahkan kekuatan luar biasa ke atas ku untuk menempuh minggu yang penuh kesibukan luarbiasa. Benar, meskipun minggu ini hanya minggu kedua untuk semester dua, aku sudah tidak kecukapan tangan, tidak terurus masa untuk melangsaikan tugasan yang diamanahkan dengan kadar segera. Ditambah lagi dengan variasi aktiviti yang terus menerus menerjah tanpa henti ibarat bah besar yang melanggar tepian pantai. Terkadangaku rasa lesu. Penat. Sayu. Rutin harianku malu untuk ku kongsi bersama, kerana aku merasakan semua itu adalah satu putaran yang membosankan. Pagi, tinggalkan bilik dalam keadaan siap untuk diperiksa, katil haruslah setegang yang boleh, susun atur di dalam locker simpanan harus seperti yang diarahkan dan sebagainya. Namun aku bangga dilatih menjadi khazanah bangsa. Benteng negara. Tiada benda yang mudah kan. Aku sering terkapai-kapai dalam keputus asaan. Lupa yang hakikatnya Engkau sentiasa di sisiKu. AKU CINTAKAN Dia & dia. Menitis. Air mata ku menitis. Setiap kali melantun namaMu ya Rabb. Aku ingin bersyukur. Menjadi hamba yang berterima kasih. Labels: kerepek merepek 5:30:00 PM
|
Contact ![]() ![]() ![]() Blogger Home Yasmin Bulan |