17.5.11
Mari baca hanif berleter #2 ..
Assalamualaikum, apa khabar kawan²?
Hari ni hanif nak berleter. Baik baca, nak kena penumbuk?
Sumpah, gambar ni takde kesan edit kecuali resize aje
Okay, hari ni hanif nak berleter banyak banyak banyak banyak. Jadi sebab malas taip, hanif nak pakai bullet je lah. - A fresh start. Hanif dah fikir banyak kali kut pasal ni. Permulaan baru. Sangat sangat perlukan ni. Hanif nak lupakan semua benda buruk teruk yang hanif buat kat sekolah (ceh, anak murid derhaka kan), dan move forward. Tapi tak bermakna semua permata berharga ilmu ilmu yang hanif kutip kat sekolah hanif akan tinggalkan, tak. Nak develop diri jadi lebih matang, (ni rahsia kita je tau, dalam kelas masa tingkatan 5, hanif paling childish tau). Lagipun tak lama lagi hanif bakal tinggalkan rumah kan?
- Universiti. Ahad depan hanif dah kena masuk universiti. Universiti apa? UPNM, nak jadi askar, course medic. Jadi memang cun la untuk mulakan satu episod baru diari kehidupan kan? Hissh, tapi ingat nak tunggu juga jawapan dari YT, mana lah tahu kut² boleh pergi ke Rusia, Hah, sebelum tu nak congrats semua sahabat², akhi Naz, akhi Fiz, akhi Haniff, akhi Ridhwan Hanif, akhi Akram, akhi Asyraf (papa), akhawat², dll lah yang secara rasminya bakal jadi budak U juga. Moga terus bermujahadah dalam dakwah, jadi MPP :)
- Hari Ihtifal. Lupa nak ucap tahniah kepada semua penerima anugerah Grammy masa hari ihtifal, atau hari penyampaian hadiah anugerah kecemerlangan sekolah hanif Jumaat dua minggu lepas. Akh Naz, tokoh pelajar, akh Azzrul, tokoh KRSM dan papa, tokoh Hafazan. Antum semua memang HEBAK!
- Genting. Hanif pergi genting weekend baru ni, tu aje.First time pergi, macam jakun.
- Differences. Dalam dunia ni kita sentiasa akan berdepan dengan perbezaan kan? Tak kisahlah samada beza yang ketara bagai langit dengan bumi atau sebaliknya. Tapi sedar atau tak, atau separuh sedar, perbezaan tulah yang membuatkan dunia kita harmoni dan saling melengkapi. Hitam tak comel tanpa putih, tinggi takkan nampak hensem tanpa rendah, gemuk takkan dipanggil gemuk kalau takde yang kurus, dan begitulah seterusnya.
- Selamat Hari Guru. Ni paling last, selamat hari guru kepada semua Murabbi SRISMI AlAmin Kemaman. Jasa antum semua dalam kenangan.
Eh dah habis dah idea nak taip apa. Nak mandi pastu tengok tv. Enjoy, salam!
HH: Abang apis bagi cupcake, comel dan sedap :)
10:42:00 AM
|
Contact
 
Blogger
Home
Yasmin
Bulan
|