kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
15.5.11

Hari ni aku tergedik² nak cakap pasal perempuan. Tak malu!
Assalamualaikum...
Satu hari,saya berjalan² di jalan tunku abdul rahman.kebetulan ada pasar malam disana setiap hari Sabtu... Sedang berkira² untuk membeli barang yang dihajati... Saya tertarik pada seutas jam yang dijual dipasar malam itu.. Tanpa berlengah saya lantas menghampiri tuan punya gerai..
"berapa harga jam ni bang?"
"RM20 je."jawab peniaga itu.
"RM20?"tanya saya kembali seakan akan tidak percaya.
"yelah RM20,kenapa?"saya lihat wajah abang tu kebingungan dengan soalan saya tu.
"tak la bang,cantik jam ni.nampak macam mahal,takkan RM20 je"
Memang cantik jam tu.dibuat dengan warna emas.dalamnya pula ditahtakan pula dengan berlian (tiruan) yang berkilat kilat bila terkena cahaya lampu mentol bulat gerai itu.
"boleh kurang tak bang".saya cuba untuk tawar menawar dengan abang itu.
"adik punya pasal,abang bagi RM18".ALHAMDULILLAH,dapat kurang RM2.
"ok bang,saya beli".
Maka pada malam itu,bergayalah saya dengan jam yang baru dibeli.

Setelah puas berjalan di pasar malam itu...saya menuju pula ke SOGO...
Sedang seronok melihat barang² yang ada disitu,langkah saya terhenti disatu premis yang menjual jam. Pada permulaannya saya sekadar melihat sahaja jam yang dijual disitu... Tapi mata saya tertarik pada seutas jam yang berada didalam almari kaca.Ya Allah... Jam tu sama dengan jam yang saya beli dipasar malam tadi... Sedang saya sibuk memerhatikan jam itu, tiba² datang seorang perempuan menghampiri saya.
"can i help you sir".dengan senyuman yang manis, perempuan itu bertanya pada saya.
"err...berapa harga jam ni".tanya saya pada dia.
"oh,harganya RM2500 sahaja".
RM2500?dengan gaji saya,takkan mungkin saya mampu membeli jam itu.
"tapi kenapa dikunci?"tanya saya pada perempuan itu..
"encik,jam ni mahal.diperbuat dari campuran emas.matanya adalah berlain asli.tak mudah karat.lagipun boleh dimasukkan kedalam air sehingga 50 meter.saya yakin jam yang encik pakai tu adalah jam tiruan".
Cis,macam tahu2 pula saya beli jam ni kat pasar malam.

Peristiwa yang dah saya lalui tadi mengingatkan saya sesuatu...
SUBHANALLAH... Inilah perbandingan antara wanita solehah dan yang tidak solehah... Betapa wanita solehah itu sangat² bernilai,cantik luaran dan dalamannya,mahal harga dirinya dan menjaga keperibadiannya. Hanya menyerahkkan jiwa dan raga pada orang yang yang benar² memilikinya... Disamping menjadi perhiasan pada si pemiliknya,menjaga status pemiliknya... Malahan menjadi panduan pada pemiliknya... Dan yang penting,bukan calang² orang yang dapat menjadi pemiliknya. Bahkan bila sudah tiada, pemergiannya tetap akan dikenang dan ditangisi hingga ke hujung nyawa.

Sedangkan wanita yang tidak solehah,adalah seperti jam yang saya beli tadi... Walaupun cantik pada luaran tapi murah harga dirinya,sesiapapun mampu memilikinya malah boleh ditawar² harganya... Tempatnya hanya dipasar malam selayaknya... Tapi yang paling menyedihkan... Bila sudah rosak,akan dibuang begitu sahaja...
 Kredit kepada penukil : Akhi Izzat Sasudin

Banyakkan perumpamaan, perbandingan kalau nak bandingkan antara perempuan yang solehah dengan tak solehah. Kaca dan permata lah, perempuan solehah ibarat mawar berduri, pokok semalu lah. Dan biasanya solehah seseorang tu dinilai awal sekali melalui penampilan pakai dia. 

Mutakhir ni aku perasan yang ramai wanita sudah pudar rasa malunya. Bertudung tapi; Berpakaian singkat². Berpakaian ketat². Berpakaian sendat².  Seolah-olah mengabaiakan sepenuhnya agama. Tu yang bertudung. Yang tak bertudung lagilah hebat kan?

Bro, aku tak pakai tudung tapi aku solat 5 waktu, qiamullail setiap malam.

Mungkin ada yang akan berkata gini kalau ditanya kenapa tak pakai tudung. Tapi adik/kakak/makcik, bukan semua orang kenal anda sedekat itu sampai tahu anda orang yang menjaga solatnya. Tambahan adik/kakak/makcik ramai orang menilai orang melalui first impression.  Tengok je orang tak pakai tudung, mesti dalam kepala fikir yang bukan² dah kut. Lagipun adik/kakak/makcik betul ke anda solat 5 waktu? Bukan ke solat tu boleh mencegah kita dari perkara² mungkar? Dan tak pakai tudung tu benda mungkar la kan, kut!

Biasanya bila ada perempuan yang pakai tudung labuh lalu dia kita kita akan cakap, tengok akak tu pakai tudung labuh, sejuk mata memandang kan? Walhal kita tak tahu pun yang dia penjenayah paling dikehendaki. Contoh la.

Apapun perubahan adalah satu proseskan? Tak perlulah tergesa² berubah hari ni. Sambil tu aku nak tolong promote kempen SueAnna , Kempen WIR! Walaupun aku lelaki, aku tetap memberi sokongan penuh sebab aku nak dunia yang lebih sejahtera. Baca ini!

Akhirulkalam, wanita solehah perhiasan terbaik di dunia. 

HH : Suka quote ni  
"Hello sisters in Islam, stay gorgeous while being modest and covered"
4:05:00 PM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan