kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
8.5.11

Berhenti kat mana ya hari tu? Rasanya baru sampai sabtu kan. Nak sambung sikit lagi ni. Pendek² aje.

Okay terus pada hari Ahad pula deh.

AHAD
  • Sob Sob. Hari ni hari yang paling sedih kut. Sebab hari ni ada dekat >50 orang yang dihantar pulang. Masing² adalah yang mereka gagal medical checkup dan mereka yang tarik diri. Roomate aku pun ada yang tarik diri sorang. Apa boleh buat, kulit sama hitam, hati masing² kan?
  • Ujian Strategi. Pagi ni ada ujian strategi pertahanan. Secara kasarnya, semuanya adalah berkaitan matematik je. Soalan bagi kita situasi, pastu kena kira. Tak faham? Okay ni contoh dia. PBSM SMK Tuut ingin membuat perkhemahan. Pastu kita kena uruskan la, pengangkutan, kena pakai berapa trak, makanan untuk berapa orang. Sonang je bang.
  • Speeech. Sebelah petang pula ada ujian syarahan. Berlarutan sampai ke malam youuu. Kena speaking la. Aku bersyukur sangat sebab dekat sekolah aku dah dapat pendedahan awal, bekas ahli kelab debat kan. Intro aku bunyinya lebih korang macam gini,
Bismillahirrahmanirrahim, ladies and gentleman, dato' and datin, before I proceed with our motion today I would please to remind you guys, PLEASE DO NOT STARE AT MY FEET AS THERE ARE NO SUBTITLES PROVIDED. 
Masa aku cakap jangan tengok tu, dekat suku kut bangun dari kerusi tengok. Orang kata jangan dia buat juga. Bila aku cakap takde terjemahan pula, geng² Medic aku gelak. Tak paham aku. Bahagian mana yang lawak sebenarnya?


ISNIN
  • Ujian Fizikal. Alamak, hari ni ada ujian larian 3.2 km dengan masa pula. Lelaki, wajib bawah 18 minit. Perempuan pula kena bawah 20 minit.
  • Ujian Merempuh Halangan. Yang ni terbaik la. Kami dibahagikan kepada 7 kumpulan kecil, campur lelaki perempuan, kena jalankan misi bawa kotak peluru sambil merempuh halangan.
  • Malam Budaya. Malamnya pula kami kena buat persembahan ikut kumpulan masing². Taknak cerita la tapi malam ni malam yang paling happening kut. Sangat sangat menikmati. Malam ni dalam kenangan.
  • Tazkirah. Malam semalam kami tidur di surau. Malam ni kami lepak aje di surau. Kami pakat bagi tazkirah ala² ceramah gitu. Pasal hari akhirat. Kami buat bulatan. Bermula dari aku, semua orang kena. Sekurang²nya ada juga pengisian jiwa kan?
SELASA
  • Reharsal. Hari paling bosan sedunia kut. Kami kena reharsal untuk masuk semasa temuduga. Macam biasa, budak² Medic diberi keutamaan, tapi sebab kami mula dulu, kamilah yang duduk bosan menunggu. Tu jela event hari ni sampai ke petang. Malam, berkemas.
  • Lagi lepak surau. Malam ni kami membuta di surau, menggosok baju untuk persediaan temuduga lembaga awal besok, sambil ulangkaji sikit² pasal tentera ni, takut la kena tanya. Suasan macam malam sebelum nak SPM je, nostalgia.
Okay, dah malas nak taip. Sambung lagi, enjoy :)

INTERVIEW Part 1

Labels:

10:45:00 AM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan