kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
28.4.11

*tulisan kecil? takleh baca? tekan 'Ctrl' + '+' atau 'Ctrl' + 'scroll mouse ke atas!'

Quote ayah Cho a.k.a Dr Azmi

 Kalau nak kira, lebih baik sambung kat UPNM la compare dengan Rusia. Sebab ayah Cho kenal ramai students yang graduate dari sana, kebanyakannya sangat pandai teori, tapi tak pandai buat kerja. Diorang tak reti aplikasi praktikal. Cucuk jarum tak pandai, itu tak pandai, ini tak pandai. - ni versi remix,( imaginasi Hanif )

Hanif pegi interview untuk kemasukan ke NDUM, Natioan Defense University Malaysia, bermula Jumaat dua minggu lepas, sampai ke Sabtu baru-baru ni.
Sekejap tak sekejap 9 HARI!! 9 Hari brader. PETRONAS EDU QUEST CAMP pun tak lama macam ni tahu tak.
Bayangkan anda terdampar 9 hari di sebuah kem askar,  makan makanan askar, menjalani disiplin askar, anda terikat, ketat. Bukan semua orang sukakannya.


Malas melalut panjang, hari ni hanif cuma nak tulis ringkasan, ala-ala short diary gitu sepanjang 9 hari di sana.

JUMAAT
  • Bangun awal pagi, berkobar-kobar dengan semangat yang menjulang tinggi. Bertolak dari Kemaman, tepat sebelum subuh. Destinasi, Kem Sg Besi!*kampung kan ehem ehem
  • Berpisah. sampai, terus je diminta naik bas. Oh, terus terpisah dengan abi umi.
  • Masuk ke dewan MTD,  ujian terus bermula. Sejurus selepas mendaftar diri, no ID P292, berat badan ditimbang, diambil juga ukuran tinggi. Tinggi, 170cm. Berat, 65.0kg. BMI, 22.49/ Syukur, ujian pertama, sukses!
  •  Hai, periksa mata la pula, Kena check la samada buta warna ke tak. Pastu check tahap rabun. Hamdalah, mata hanif normal, vision 6/6 dua-dua belah.
  • Kencing darah! Grrrr. Bukan kencing berdarah la. Cuma ujian air kencing dan ujian darah. Masa ni kantoi la sesapa yang rokok ke, dadah ke. Nasib laaa.
  • Balik awal. Ada je orang yang kena balik awal. Tak lulus BMI, mata. Memang rugi, packing barang dalam beg, beg sorang-sorang berat macam gajah, last-last hari terakhir dah tersingkir.
  • Makanan. Bukan mengutuk rezeki, tapi saje nak bagi anda, para pembaca menghayati.
  • Penginapan. Wooot woot. Yang ni hanif bagi B+. Tak sebaik hotel lima bintang tapi still sangat baik. Cuma dapat gred rendah sikit sebab satu rumah (3bilik air, 4bilik, 1 dapur, ruang tamu besar) kena kongsi dengan ramai orang.
  • Awok-awok. Dapat ramai kawan baru, geng surau, Zul, Hazwan, Fariz, geng lepak, Zul, Hazwan, Fariz, Hannan, Syed Nazrin, geng medic, Fariz, Brian, Syed Nazrin, Afi, Yuugaraj. Nagan, David Abraham, Lim Chia Chia, Syafira, Wina (baru first day eh), geng ganu, Che Sbu, Faqri dll.
Hari Jumaat berakhir dengan tidur yang lena. Namun, hari pertama duduk kat sini, ada banyak dah benda yang hanif tak suka! Contohnya ;
  • Rokok. Ramai gila penghisap asap kat sini, sumpah tak suka.
  • Kabel BESAR! Yang ni lagilah hanif benci. Ramai manusia yang datang ke sini, dengan kabel besar tau tak. Mostly, ada link dengan askar, ayah pangkat tu la, bapa sedara pangkat ni la. Tapi umi salu pesan
ngah ada kabel lagi besar, ALLAH! - setuju 100%
  • Sekolah gempak-gempak. Ingat askar sekolah hulu-hulu je. Rupanya ramai yang datang dari SBP, MRSM, RMC, malahan budak MCKK pun ada.
  • Result pun gempak. Kalau dah sekolah SBP, MRSM, result pun semua tick tack toe la. Semua result gempak dan meletup. Haiii, rasa terhina.
  • Tak tengok sijil-sijil lagi. Sijil-sijil pula, main hoki state la, wakil negeri renang, polo, debat kebangsaan, program pertukaran pelajar ke merata dunia. Kecilnya aku!

SABTU
  • Medical checkup. Semua calon pun benci hari ni. Kena batuk. Check badan. Dan kalau dia nak check badan, takkan berpakaian. ye tak!
  • Check gigi. Sebelum medical checkup gigi kena check dulu. Askar yang cemerlang mempunyai gigi yang kuat!
  • Ujian ujian ujian! Lengan ni sangat lenguh lagi, kesan daripada kena cucuk, untuk ambil darah semalam, tapi hari ni dah kena menulis dah. Ada ujian pengetahuan am yang soalan susah tahap tutt tutt.. Ujian IQ yang sangat menarik dan mudah. Dan ujian personaliti yang memeningkan.
Sabtu rasa sekejap je. Esok, Ahad, dia akan umumkan keputusan siapa yang failed medical checkup, kena balik! Yay yay =D

    Labels:

    11:32:00 AM

    Contact

    fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


    Blogger

    Home Yasmin Bulan