kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
31.3.11

Dah seminggu result keluar, hari ni baru rasa macam nak playback balik memori masa 23 Mac lepas.

Lets make it simple jela. Malas la eden nak menaip panjang-panjang.
  • Tangisan. Umi Hanif menangis masa pertama kali tengok result, yakni dekat PPD. Sebab? Malam tu Hanif pegi cerita bla bla bla pasal paper masa SPM. Jadi pagi tu, kira macam err... result teruk. Senang cerita.
  • Calon Persendirian. Iyaaa. eden calon persendirian. Kecewa yang teramat bila dekat slip takde nama sekolah. Calon persendirian.
  • Golongan Terakhir. Bukan la yang terakhir akhir. Macam biasa, bila bercakap pasal result, tak kisah la daripada UPSR, PMR sampai la ke SPM, memang Hanif antara individu yang tergolong dalam golongan Ashabul Ukhra (hentam je ni). Sebab biasa abi dan umi hanif dah tahu sejam ke, gitu lah sebelum hanif pegang slip.
  • Ada Gaya. Hari tu rasa macam pakai baju yang kemas sekali dah*agak laa. Asalnya nak pakai baju batik yang eden tempah (sepatutnya semua orang pun ada), tapi taknak la nampak terlalu formal. Asal casual cukup la. Berjaya dengan bergaya..
  • Add Math. Bila pegang je slip, yang ni yang eden cari awal sekali. Subjek feveret ni. Sebab subjek ni jela yang rasanya eden all out masa tingkatan 5. Mana taknya, masa tingkatan 4, kami belajar tak bercikgu (ada la juga sikit2) dengan banyak topik penting yang tertinggalnya lagi. Kiranya, masa form 4, kesimpulannya adalah, saya sentiasa mendapat F. Masa TOV tingkatan 5 pun masih terkapai-kapai failed admath. Jadi pulun la juga, OTI 1, D. Mid Year, B. Trial, B. SPM, A! Sykur ;)
  • Bahasa Arab? Gulp... Bahasa arab eden dapat B weyh. Terus jatuh maruah eden sebagai cikgu bahasa arab. Taknak cakap lagi dah (ooh,hanif cikgu sementara b.arab dekat sekolah, mengajar dua bulan)
  • Sekolah.. Ramai orang pegi sekolah dengan rasa rindu yang membuak-buak. Almaklumlah, lepas SPM hari tu, langsung kaki tak sampai lagi ke sekolah. Hanif? Rindu tu semestinya. Cuma ampun la, membuak-buak tu mungkin la melampau.Sebab selalu aje pegi. Bak kata umi hanif
Hanif ni tak duduk diam. Ada saja program dekat sekolah. Lepas berhenti mengajar pun, hari ni pegi sekolah, semalam pun pegi sekolah. Sukan la, itu la, ini la. Lesen pun tak daftar lagi *ni versi remix
    Dengan itu, berakhir la episod persekolahan.
    Sila ketatkan ikatan pada bungkusan berlabel "SEKOLAH"!
    Simpan molek-molek dalam almari kaca.
    Nanti bila dah tua boleh buka balik, buat cerita kepada anak cucu.
    Tapi kekadang  kena buka juga takut berhabuk.
    Habis terlupa semua memori lepas, pisang pun berbuah 2 kali.
    *eden tu saya la kan? ke salah



    Nak letak juga gambar banyak2.
    berjaya dengan bergaya, PHEWIITTT!
    Produk al-AMin, cendawan-cendawan da'ie
    Alahaiii, Akram, tolehlah ke horizon barat..
    Bersama parents2 yang masih ada *sob sob
    Credit gambar to akh Munz dan akh Sufi..*biar la kat tengah pun
    2 orang tak mandi lagi. Siapa mereka? kua3
    Proud2be ALAMINIANS!
    Hanif paling sopan. *belakang tu, Noh HUJAN ??
    Sumpah, taknak buat lagi.

    Akhirulkalam, khas buat LINA KHAIRUNNISA', hanif dapat 10A (mix la) 1B SPM.
    Macam tak suka la, teruk compare to Leyna(haish) tapi.....

    “…barangkali kamu membenci sesuatu,padahal ia baik bagimu…dan barangkali kamu menyukai 
    sesuatu padahal ia buruk bagimu…Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
    (Al-Baqarah: 216)
    11:35:00 AM

    Contact

    fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


    Blogger

    Home Yasmin Bulan