kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
5.10.10

BISMILLAH

Tadi petang ada checkup. Yang biasa-biasa aje. Monthly punya braces checkup. Pergi dengan ABI ke sana, dan balik semula ke sekolah(kelas tambahan la) dengan UMI. Eh, kenapa kerapa sangat? Memetik kenyataan doktor dalam panggilan untuk menukar tarikh appointment,"Doktor nak tukar dawai ni. So tak boleh pinda lama sangat. Isnin nie boleh?"

So nak tak nak, terpaksalah datang hari Isnin (tarikh asal, Sabtu kebetulan sama dengan tarikh kem fizik di SMK Geliga a.k.a G-NSeS so sebagai Biro Fizik, takkan nak ponteng kut). Banyak jugalah yang disembangkan dengan doktor.

Oh ya, setiapkali bersembang dengan doktor Sha, dia akan tanya beberapa soalan yang sama. Dan jawapan bagi setiap soalan pun lebih kurang juga samanya.
  1. Awak nie form berapa? *form dah tahun nie doktor
  2. SPM bila? * akhir bulan
  3. Awak cabut braces lepas SPM lah yea, ok? & okie je doktor
 Bosan? takdelah. Best apa. Oh dan lepas pulang semula ke sekolah, tatkala ingin mengeluarkan buku subjek PSI dari loker, Ust Idris tegur dengan suara yang tegas. Grrrrr.. Meremang sikit bulu roma. Ustaz tanya," Hanif, anta pergi mana masuk lewat kelas ana?" Orang pun tersengih aje macam kerang busuk sambil menjawab dengan nada separa serius "Oh, ana pergi appointment gigi. Ana dah inform dekat Mlmh Zuliana tadi." Selepas itu lantasku tersenyum sambil menampakkan barisan besi gigiku. HAHAHAA. (bukan menghina tapi semacam bukti la)

 Ustaz lantas menyuruh aku masuk. Tiba-tiba ustaz menukar subjek perbincangan. Sekali masuk bab gigi pulak dah. Quote balik ayat ustaz "Ana tak faham kenapa orang nak rapatkan gigi, pakai pendakap gigi. Gigi jarang lagi baik dari gigi rapat, tak mudah lekat makanan, plug (betul ke eja). Dah la orang umur 50 macam ana mudah-mudah je sekarang yang gigi rapat dah tak bergigi" Satu kelas gelak. Malu juga la bila kena perli. Tapi bukan sorang jea pakai braces. Budin pun pakai.. Heee

Labels:

3:02:00 AM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan