kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
19.10.09

19 OKTOBER 2009
MASIH SAKIT LAGI!!AMATT!!
Dewasa ini, diri ku terasa kian tidak bermaya
lemah tak berdaya..ku jadi hilang perkiraan..
tapi yang penting aku di sini masih bernafas
tiada apa yang pasti dalam ingatanku kecuali
kecuali secebis janji..janji untuk terus
MENGINGATI..janji yang terpahat 
di hati..janji yang memaksa aku untuk
terus menerus barnafas, shingga saat ini

+ Siapa dia yang mahu dikenang itu? Siapakah dia yang ingin aku ikat ketat di penjuru hati?

-  Dia itu seorang yang hadir bersama sebuah harapan. Mahu bersama, mahu duduk di sisiku selamanya

+ Apa yang membuatkan ku m'anggapnya istimewa? Sehingga sanggup menyimpan janji yang tidak mungkin dikotakan?

-  Tidak, itu bukan janji kosong. Dia istimewa walaupun bukan berada di sisiku bukan kerana sekeping wajah yang dimilikinya ; Aku tidak sekacak Yusuf dan dia tidak secantik Zulaikha. Bukan kerana dia seorang puteri. Tiada kaitan dengannya, malah adalah disebabkan aku. Aku yang menganggapnya istimewa, aku yang menyukainya.

+ Hanya begitu saja? Tanpa ada sebab musabab yang munasabah?

-  Ya, hanya kerna aku semata-mata menyukainya.. Cinta tidak memerlukan sebab.

+ Jadi, jadi bagaimana dengan penantianku dalam kesepian ini? Jika aku pergi mengambil haluan lain, cebisan-cebisan itu kan hilang.. Tidak muncul lagi

-  Itu rahsia hidupku, semuanya takkan kulupakan..  Kenangan itu akan sntiasa hadir dalam degup jantungku.. Ia akan agam dalam arteri-arteri darahku. Ia akan terhenti tatkala terputus nafasku.

+ Bererti mahu menyimpannya? Mahu terus mengenangnya?

-  Ya, aku mahu menyimpannya, setiap kenangan, setiap bicara, setiap kisah dan setiap detik.. Itu adalah janji ku

+ Jadi, janji itu akan dikotakan?

-  PASTI! Pasti kan ku cuba kotakan. Walaupun terpaksa merentas lautan api, tetap janji itu ttap terpegang d hati, di lubuk sanubari, sampai mati.

+ Itukah yang dinamakn setia? Atau hanya suatu kegilaan?

-  Dua-dua.. GILA DALAM SETIA!!titik
10:52:00 PM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan