kenalidiri

AHMADHANIFABDHALIM

penganggur/pelajar
GRAVITI SITUASI - bangun pagi, bila body mula beraksi, selagi kaki terpacak atas bumi, setiap gerak geri harus dinterpretasi, membawa suka atau duka, membuah tawa atau hiba, menatijah sorga atau neraka. Hidup akan terus ku pandu walau dilanda pilu, walau dihambat sayu, walau diamok syahdu, walau ditebak peluru, walau dilontar batu.
1 4 3
notakaki



**************************************************
************* dalam pembikinan ! *************
**************************************************

bal akhiratu khairun wa abqa
17.10.09

17 OKTOBER 2009
 SUNYI DALAM BUSY!
Salam'alyk.

Rupa-rupanya dah hampir separuh bulan sesawang ku ni tidak diupdate, maka memang bersawanglah blog ku ni. Nie adalah catatan jurnal dari hati ke hati.



Ketika dunia masih berkabus dia pergi meninggalkan aku. Gerimis turun kesedihan. Lalu aku beredar meninggalkan pulau kecewa. Menaiki biduk kecil tidak bertuan. Membelah ombak yang menggulung hiba. Mencerai percikan air dengan tubir pendayung duka. Tanpa disangka, kemudiku patah dan aku tersadai. Terkandas di pulau tidak bernama. Lalu kunamakan ia Pulau Sepi.

Aku terdampar di pulau ini. Sunyi dan terus menanti. Mengharap muncul seseorang yang membawaku pergi. Lama aku di situ, bermain sendiri. Yang menyanyi untukku adalah alunan angin dicelah pepohon. Yang menyapa tubuhku adalah bayang-bayang tidak berisi. Tiada suara, tiada bahasa yang dapatku fahami. Hanya ada desir dan gemersik. Aku jadi bisu.

Seawall berada di pulau itu, aku fikir sendiri akan buta. Pendengaranku akan hilang perlahan-lahan. Akal warasku akan tumpul kewajaran. Sehingga jasadku akan mongering dan aku mati kelaparan. Saat itu aku rasakan kaki dan tanganku kaku, saraf- saraf di tubuhku hilang rasa, arteri-arteri yang meluru ke jantungku terputus.

Lalu aku membuka kembali simpulan janji. Aku satukan hati. Aku tahu aku perlu terus hidup. Terus menjaga diri sendiri agar tidak mensia-siakan setiap peluang kehidupan yang ada. Aku cuba mengingatkan diri tentang masa depan, tentang harapan. Aku perlu berteguh walau apa jua keadaan. Aku cuba mengungatkan diri di sisi insane ada Tuhan. Ada kuasa yang sentiasa mendengar dan melihat. Yang menghidupkan dan mematikan. Yang merosakkan dan menyuburkan. Yang mengawal segalanya. Perlahan aku menemukan kekuatan.

Darah kembali mengepam jantungku. Saraf-sarafku mencucuk kesakitan dan aku mengaduh. Deriaku kembali mencicip rasa. Mamaksa aku bangkit dan mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Tubuh letai itu kugagahi untuk bangun. Aku harus berbicara. Tidak boleh membiarkan sendiri jadi bisu.

Biduk patah kemudi tersesat di lautan,
Teringat Tuan Puteri yang muncul dalam ingatan;
Tugu kasihku kini tinggal kenangan,
Namun hidupku tetap perlu diteruskan.


Entah mengapa, pemergiannya buat aku kesal. Baharu aku tahu, dia sangat istimewa. Walaupun dia Cuma singgah seketika di nubari, namun figurnya telah bermukim di lubuk hati. Dia seolah kekal di situ walaupun takdir menyatakan dia tiada lagi.


credit to writer: A. Ubaidillah Alias 
11:46:00 AM

Contact

fb icon photo icon1.pngtwitter icon photo icon2.png photo icon3.png


Blogger

Home Yasmin Bulan